~مع التوفيق والنجح في الامتحان~

Assalamualaikum..
Buat sahabat-sahabat sekalian yg bakal menempuhi peperiksaan~~
~مع التوفيق والنجح في الامتحان~
Semoga berjaya dlm exam msg3~
Fighting~!!!!!!!!!!!!
~الله اكبر~

~10 PERKARA YANG MEMATIKAN HATI~

10 perkara yang mematikan hati



Ketika Ibrahim bin Ad'ham (seorang ahli tasawuf) berada di pasar
Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, di antaranya ada yang bertanya: "Ya Aba Ishak! Gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham mengapakah kami memohonkan doa kepada Allah, tetapi tidak dikabulkan doa kami?" Ibrahim bin Ad'ham menjawab: "Kerana hati kamu telah mati disebabkan sepuluh perkara:

1. Kamu mengenal Allah, tapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2. Kamu mengaku bahawa kamu cinta kepada Rasulullah saw, tetapi kamu
tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi kamu tidak beramal menurut Al-Quran.

4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan
syukurnya.

5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu tidak
menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar adanya, tetapi kamu tidak
beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar adanya, tetapi kamu tidak
lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu benar adanya, tetapi kamu tidak
bersedia baginya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu ceritakan keaiban manusia, tetapi kamu
lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu mngubur mayat-mayat saudara-saudara kamu, tetapi kamu tidak
jadikan pelajaran bagi mereka.

~ذيكير هارين~

~أحبب حبيبك~


أحبب حبيبك ‏ ‏ هونا ‏ ‏ما عسى أن يكون بغيضك يوما ما وأبغض بغيضك ‏ ‏هونا ‏ ‏ما عسى أن يكون حبيبك يوما ما


Cintailah orang yang kamu kasihi sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah orang yang tidak kamu sukai sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi di suatu saat nanti ia akan menjadi orang yang kamu cintai. [ Sunan at-Tirmizi - no: 2065. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami' as-Saghir - no: 178]



~TO ALL MY FRIENDS~

~HAVE FAITH IN YOURSELF~
NeVeR dOuBt YoUr ABiLitiEs

NeVeR LeT AnyThiNg oR aNyOne
MaKe YoU FeEL LeSs THaN WhaT YoU BeLieVe YoU aRe~~
NeVeR FeEL YoU CaN't WaLk aNotHeR SteP FuRTheR
EVen iF yOu FeEL YoU'Re StuMBLiNg

KeEp YoUr HeaD StRaiGht On

KnOwiNg NoBoDy CaN EVeR HuRt YoU

UnLeSs YoU LeT TheM Do So
NeveR LosE FAITH in YouRseLf

BEcaUse WhO u aRe Is
SOMEONE SPECIAL


~~!!BELIEVE IN YOURSELF!!!HAVE FAITH IN ALLAH!!~~~
INSYA ALLAH~~

[dikidnap dr penanda buku yg mak lang bg~hehe~ ;) tq mak lang~]

~SEKADAR RENUNGAN~ ^_^

~MuNGk1N KeRaNa KiTa LeKa~

~Mungkin kerana kita leka~
~Sesekali pena terlepas dari genggaman~
~Ucapan "OPS" mendahului "يا الله"~
~Bila perut kenyang~
~"HAA...KENYANGNYA.." mengatasi "
الحمدلله"~
~Bila diri terpegun oleh keindahan alam~
~"سبحان الله" tertutup oleh "CANTIKNYAAA...."~
~Bila dikunjungi berita malang~
~"KASIHANNYA..." terucap kerana kita lupa pada "INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAA'JIUN"~
~Kadangkala kita lupa kerana kita terbiasa~
Tp....
~Ingatlah agar bila IZRAIL mendekati kita~
~Biarlah ucapan "لااله الاالله" menjadi JUARA mengatasi segala kata~
InsyaAllah~
wallahua'lam~ :)



~وذكرفإن الذكرىٰ تنفع المؤمنين~

-Az-Zariyat 51:55~

~Aku kau berbeza....aku kau istimewa....~~

~LELAKI~~
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.




BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??


Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.


Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

~WANITA~~

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.


Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4
wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,

3.anak perempuannya , dan

4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :

1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan

4. saudara lelakinya .


[wallahua'lam~~]

~KaWaN BaiK~~

MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR.

KAMU MEMBUAT KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.

DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA.

DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN.

KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA.

DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU.

TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.

BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK.

KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA.

DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA.

KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA.

JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN.

KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA:

DEAR_________,
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK.

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU.

SALAM KASIH SAYANG,

________________

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.
TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.
IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA.
DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA.

KAMU SUDAH TERLAMBAT.
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

PENGAJARANNYA:

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE
AKAN TERJADI ESOK HARI.~~[ukhwah fillah abadan abada~~insyaAllah~~peace!!!!~no war~~ hee~ ^__^]

~ReMiND Me~

Tolong ingatkan ana
Andai ana terlupakan Tuhan

Dalam kealpaan dan kesibukan

Dalam kesenangan dan kesusahan


Tolong ingatkan ana

Jangan jadi anak derhaka

Ibu Ayah jangan dilupa

Usah diluka hati dan perasaan mereka


Tolong ingatkan ana

Supaya ingat pesanan guru

Bukan sekadar ingatan

Tapi tarbiyyah berpanjangan


Tolong ingatkan ana

Dengarlah dan bacalah Al-Quran

Tika radio penuh hiburan

Tika televisyen penuh Hindustan


Tolong ingatkan ana

Di mana Islamnya zahirku

Jika aurat didedahkan

Disingkat, diketat, dan dijarangkan


Tolong ingatkan ana

Jadilah sahabat yang baik

Sentiasa memberi peringatan

Sentiasa memberi teguran


Tolong ingatkan ana

Kalau bercinta biar kerana-Nya

Dalam memilih utamakan iman

Kelak ikatan dihindari syaitan


Tolong ingatkan ana

Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan


Tolong ingatkan ana

Diri ini milik Yang Kuasa

Kepada-Nya diserahkan jiwa

Segala-galanya Dialah tumpuan


Tolong ya...

Ingatkan ana..

Syukran, jzkk, wassalam~ ^__^

~7 SuNnaH RaSuLuLLaH~

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

  • tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya


  • membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.

  • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh.


  • Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.




  • Jaga sedekah setiap hari.
  • Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu'.



  • Amalkan istighfar setiap saat.

[insya Allah... Kalu x boleh buat semua, jangan tinggal semua... jzkk~ ^_^ ]

~ReNuNGaN~

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8)Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

sekian...wallahualam.

~PesaNan KHaLiFaH UMaR~

Khalifah kedua, Sayidina Umar berpesan:

  • Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
  • Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
  • Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
  • Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
  • Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
  • Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
  • Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.

~Doa~







أللهم اجعلنى ﺧﯿر مما يظنون

Ya Allah Jadikan aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan

واغفرلى ما لا يعلمون

Dan ampunilah aku dari apa yang mereka tidak ketahui (dosa-dosa yang disembunyikan)

ولاتوأخذنى عما يقولون

Dan janganlah jadikan aku sepertimana mereka sebutkan

(elak supaya perkataan tidak baik menjadi doa)

أللهم اجعلنى محبوبا عندك

Ya Allah jadikan aku insan yang disayangi disisiMu

مهيبا عند الناس

Di kasihi dikalangan manusia

هينا على النفس

(tetapi tetap )Merendah diri

~KeLuaSaN NeRaKa~


Ø Keluasan Neraka


Ø Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman
daripadanya."




Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan
hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah
dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang- orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat. "

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang
akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

~"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...


[nauzubillahi min zalikh~ ya Allah~ sesungguhny aku layak msk syurgaMu~namun x pula aku sanggup menanggung siksa nerakaMU~ ya MuQallibal Qulub~thabbit qulubana ala dinik wa tho'atiq wa mahabbatik~ ]

~aHLaN WaSaHLaN~



~~Hindarilah diri daripada menjadi seseorang yang sangat berkeinginan untuk memperbaiki lahiriah yang hanya untuk makhluk dan tiada pahala baginya bahkan akan disiksa. Akan tetapi, marilah menjadi seseorang yang sangat berkeinginan untuk memperbaiki lahiriah yang hanya untuk Allah, baginya pahala dan tidak disiksa hanya kerananya~~